Khamis, 4 Mac 2010

Satu Penilaian : Pendidikan Melalui IT

Pendidikan melalui IT . Teknologi Maklumat- atau sekarang digunakan istilah ICT -Teknologi Maklumat dan Komunikasi - adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan, bahkan merupakan satu keperluan oleh kerana meluasnya penggunaan teknologi demikian dalam keberkesanan dan kepantasannya dalam segi-segi tertentu. Walaupun sebelumnya ia merupakan teknologi yang dilahirkan bagi tujuan peperangan, tetapi kemudiannya ia digunakan dengan meluas bagi mencari maklumat, menyimpan, menghantarkan ke sasaran serta mengembangkannya dengan penuh berkesan.

Dengan kedudukannya sebagai suatu teknologi ianya bermanfaat dalam semua bidang kehidupan manusia, daripada bidang maklumat berhubungan dengan pandangan hidup, kerohanian, akhlak, disiplin hidup, hingga kepada maklumat berhubung dengan ekonomi, pendidikan, budaya, ketenteraannya, seni dan sasteranya serta hiburan. Asalnya peradaban lain tidak menghalangnya daripada diterima oleh kerana pengajaran dan hadith yang bermaksud "Hikmat kebijaksanaan adalah barang hilang orang rnu'min, maka di mana ia menernuinya ia lebih berhak dalam hubungan dengannya".(In~am as-Suyuti,al-Jami' as-Saghir ). Maka dalam ayat ini akan dibicarakan insya'Allah - persoalan hagaimana isu "barakah" muncul dalam hubungan dengan pendidikan - katakan pendidikan Islam- yang dijayakan dengan ICT ini.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, penggunaan ICT dalam pendidikan merupakan langkah yang mesti dilaksanakan, dengan memanfaatkannya secara maksima mungkin, demi untuk menjayakan pendidikan di kalangan kita, apa lagi pendidikan lslam. Dengan ini mudah-mudahan berlakulah penggabungan antara yang asal yang sahih dengan yang baru yang mendatangkan manafaat. Bertalian dengan itu hendaklah sentiasa diingatkan matlamat-matlamat pendidikan Islam yang asal dan juga penghayatan adab-adab antara guru dan murid sebagaimana yang ada dalam ummat Islam, supaya keberkatan dalam pendidikan dan keberkesanannya boleh dinikmati di kalangan kita dalam menuju kejayaan yang dikehendaki Allahumma amin.Wallahu a'lam cepat, tidak sebagaimana yang boleh didapati daripada buku yang memakan masa yang agak panjang.

Cuba bayangkan pelajar mencari maklumat tentang Al-Quran dan terjemahannya dan internet rnelalui laman web "sakhr" dengan menulis "Qur'an" dalarn kotak dialog dengan menggunakan pencari "infoseek" misalnya dalam beberapa minit sahaja Ia boleh mendengar Syaikh Mahmud al-Husari membaca Quran dan boleh melihat surah yang dibacanya dengan terjemahannya sekali. Sekiranya ia menggunakan CD ROM Quran terbitan "Sakhr" di dalamnya ada tafsir lbn Kathir atau al-Qurlubi dan Jalalain; dalam masa dua tiga minit sahaja ia boleh mendapatkan huraian ayat yang dicari itu. Ini berlaku secara yang sangat pantas.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, klik link di bawah :