Selasa, 23 Februari 2010

Isu dan Cabaran dalam Memperkasakan Ummah melalui ICT

Salah satu faktor yang dikenalpasti sebagai sebab runtuhnya akhlak dan mundurnya umat ini adalah kerana kerosakan dalam nilai sosial dan moral. Justeru untuk memperkasa semula umat hari ini, penguasaan ilmu, melalui penguasaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) harus menjadi agenda utama.

Ledakan ICT juga telah membuka satu lagi wahana baru dalam arena dakwah. Bagaimanapun, di dalam keghairan melayari bahtera kemajuan ICT, Islam sendiri meletakkan adab yang tersendiri. Era kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendedahkan satu cabaran getir bagi umat Islam era digital ini.

Pelbagai isu kontra seperti jajahan minda secara digital turut dikupas. Tindakan sewajarnya mesti diambil seperti mencadangkan satu rangka kerja baru yang menyeluruh dalam usaha memperkasa semula umat Islam melalui ICT. Hakikatnya semua pihak harus punya pendirian tegas dalam agenda menyusuri arus perdana kemajuan ICT dunia.

2 ulasan:

  1. hoo..kita sebagai org Islam tok sepatutnya salah guna teknologi..tp lani dunia tebalik dowh ustazah...

    BalasPadam
  2. ICT pada zaman sekarang mesti digunakan dlm setiap aspek. Bukan dalam bidang pendidikan sahaja, malah ianya turut menjadi jalan yg terbaik utk menyampaikan dakwah.

    Laman blog juga membuka satu lagi ruang untuk berdakwah pada peringkat global. Cuma kebebasan di alam maya itu tidak harus disalahgunakan. Penulis blog dakwah perlu bertanggungjawab terhadap idea yang dilontarkan.

    BalasPadam